Assalamualaikum..
Alhamdulillah saya telah mendapat panggilan untuk menghadiri sesi temu duga di IPG Kampus Gaya pada 28 April 2015. Bidang yang ditawarkan kepada saya merupakan pilihan pertama saya semasa mengisi borang permohonan secara online iaitu Matematik ( sk )..
Semasa proses temu duga anda dminta untuk menghadirkan diri pada pukul 8 pagi. Pensyarah yang bertanggungjawab akan memberikan taklimat mengenai sesi temu duga tersebut. Sesi pertama dan kedua akan dberikan taklimat terlebih dahulu.
Taklimat yang diberikan merupakan cara untuk menyusun dokumen-dokumen yang diperlukan. Sebelum anda menuju ke IPG, anda HARUS / WAJIB memastikan anda membawa DOKUMEN ASAL & SALINAN yang TELAH DISAHKAN oleh PPD atau Ketua Kampung.
Susunan dokumen asal tersebut seperti berikut:
1. Kad pengenalan
2. Sijil kelahiran
3. Sijil/surat berhenti sekolah
4. Slip/Transkrip spm
5. Pengesahan Kokurikulum
6. Sijil2 berkenaan
Susunan dokumen salinan tersebut seperti berikut:
1. Borang maklumat diri
2. Borang persetujuan untuk ditempatkan di mana2 IPG
3. Borang persetujuan untuk ditempatkan di mana2 SK apabila telah tamat belajar
4. Salinan kad pengenalan
5. Salinan sijil kelahiran
6. Salinan sijil/surat berhenti sekolah
7. Salinan slip/transkrip SPM
8. Salinan pengesahan Kokurikulum
9. Salinan sijil2 berkaitan
Kemudian anda akan diminta untuk mengKLIP dokumen salinan
bersama dan letakkan dibahagian belakang dalam fail. Pastikan anda telah melengkapkan borang anda terutama kod kursus tu. Nanti saya akan tunjukkan gambar di mana nak nampak kod tersebut. Selesai sahaja anda menyusun dokumen, anda akan dikumpulkan mengikut sesi / lebih kepada berdiri dan mengira kawan2 yang satu sesi dengan anda hihihi..
Selesai sahaja sesi yang saya nyatakan di atas *hehe* fail2 anda akan dihantar ke bilik temu duga. Kalau di IPG Gaya blok temu duga d blok E. Sesi pertama bagi setiap bilik akan dipanggil untuk menghadiri temu duga. Bagi sesi kedua dan seterusnya pula anda boleh membuat perbincangan bersama kawan2 yang 1 sesi dan 1 bilik temu duga dengan anda. Setiap sesi akan mengambil masa 1 jam lebih. Ikut panel temu duga juga.
Kumpulan saya mempunyai anggota *mcm koman pla hehe* 7 org trmasuk saya. Kami semua mengambil kursus yang sama iaitu Matematik. Kami berkenalan dan berkongsi ilmu yang ada. Akhirnya, giliran kami untuk ditemu duga *nervous*.
Temu duga Sesi 2 Bilik B :
1. Perkenalkan diri ( nama, pekerjaan ibu bapa, asal )
2. Video akan ditayangkan ( video yang ditayangkan kepada kami Iklan Petronas Burung Murai ). Soalan2 yang diberikan :
- Nilai yang terdapat dalam video
- Nilai yang paling penting
- Peristiwa yang berkaitan dengan video ( yang pernah kita hadapi )
3. Bagaimana hendak menerapkan nilai2 murni di sekolah sekiranya anda sebagai seorang cikgu.
4. Tell me what is your speciality/advantage. * bila kita kena tanya soalan BI kita WAJIB jawab dalam BI juga.
- soalan mcm yang saya kena nhe amat mengelirukan. Kelebihan yang ditanya nhe contohnya menyanyi, x tkut brckp d khalayak ramai, berlakon, sajak dn mcm2 lgi.
- jangan jawab "im a good teacher" panel akn saiko kita nnt.
5. Kenapa anda ingin menjadi seorang cikgu.
- kalau anda jwb sbb suka kh apa kh baik jgn.. sbb smua org suka nak jadi ckgu. anda kena tunjukkan niat anda!
Okey hanya itu sahaja yang dapat saya kongsikan.. All the best kepada yang bakal2 menghadiri temu duga ok ;).
